Ihwal mula larangan ini, menurut Shaikh Harun adalah sebab ketika Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang merasa sedih dikala ada anggota partai politik tertentu memberikan ceramah agama atau menjadi Khatib dan Imam Salat, yang dilakukan tanpa izin pihak berwenang.
Kata Shaikh Harun “masjid merupakan institusi agama yang sangat penting dan mulia bagi umat Islam, selain menjadi simbol perpaduan umatnya. Justeru katanya ia perlu dimakmurkan sebaik mungkin.”
Masjid dan surau atau musholla, katanya, tidak boleh sama sekali digunakan untuk sebarang kegiatan yang menimbulkan keresahan atau perselisihan dalam kalangan masyarakat.
"Termasuk menggunakan masjid atau surau bagi melaksanakan apa-apa aktiviti yang pengisiannya bercampur aduk dengan unsur-unsur politik kepartaian.